Sunday, August 29, 2010

Faedah Kecergasan Fizikal

Membina daya tahan kardiovaskular dan otot

  • Membantu jantung, paru-paru dan sistem peredaran darah kekal sihat
  • Menjadikan kita lebih bertenaga contohnya berjalan laju, berlari2 anak, berbasikal, berenang, bersukan dan aerobik.
Membina kekuatan dan daya tahan otot
  • Membantu tulang dan otot kekal kuat
  • Memperbaiki postur
  • Mencegah penyakit tulang seperti osteoporosis contohnya menaiki tangga, mengangkat dan membawa barang2, senam tekan tubi dan senaman bangun tubi
Membina Kelenturan (fleksibiliti)
  • Membantu pergerakan badan
  • Merehatkan otot2
  • Memudahkan pergerakan sendi contoh senaman regangan, mencuci lantai, taichi dan yoga
  • kitasihat.blogspot.com

Saturday, August 28, 2010

RAGBI

Ragbi (bahasa Inggeris: Rugby) merupakan sejenis permainan bola berpasukan. Dimainkan oleh dua pasukan, pemain dari setiap pasukan akan mencuba skor dengan cara menyepak, melontar, atau membawa bola sehingga mereka boleh menyepak untuk melepasi gol lawan atau menyentuh di belakang garisan lawan. Pasukan yang memungut mata paling banyak maka pasukan itu yang akan diistiharkan menang bagi perlawanan ini.

Sejarah Ragbi

Ketika perlawanan bola sepak peringkat sekolah di England tahun 1823, William Webb Ellis mengambil bola dengan tangannya dan membawanya lari. Sejak itu, bermulanya perlawanan ragbi.
Kemudian Universiti Cambrigde telah mengubahsuai permainan ini, mempopularkan dan membuat peraturan rasmi ragbi. Ragbi mula popular tahun 1871 di sekolah-sekolah di England. Kemudian Kelab Ragbi mengumumkan peraturan rasmi permainan ragbi di London sepuluh tahun kemudian.
Tahun 1895 Liga Ragbi (The Rugby League) telah ditubuhkan dengan 13 permainan bersama dengan peraturan yang lebih profesional. Ragbi mula berkembang ke seluruh dunia dan perlawanan antara negara diadakan.Pelbagai perubahan telah diadakan. Tahun 1880 scrum telah diubahsuai.
Pada tahun 1905 perlawanan antara Sarthmore dengan Pennsylvania telah mencetuskan pergaduhan. Presiden Amerika Syarikat Theodore Roosevelt telah mengubah peraturan bagi mengurangkan keganasan dalam permainan ragbi.
1906 akibat daripada perubahan pada permainan ragbi, muncullah American Foolball di Amerika Syarikat.
Permainan ragbi semakin melakar nama terutama di Great Britain, New Zealand, Australia dan Afrika Selatan. Bilangan kelab bertambah dari 80 kepada 1000 kelab antara tahun 1964 hingga 1980. 1975 dibentuk Kelab Bola Sepak Ragbi di Amerika Syarikat(The United States of America Rugby Football Union (USARFU). Kini permainan ragbi berkembang sehingga ke 80 buah negara di seluruh dunia.
Ragbi adalah salah satu sukan yang kasar dan lasak jika ia di lihat melalui mata kasar. Sebaliknya, ragbi adalah salah satu sukan yang membentuk keperibadian seseorang. Ragbi juga dianggap sebagai sukan atau permainan yang dianggap lelaki sejati bagi sesetengah pihak. Semasa perlawanan, seseorang yang menjadi pemain ragbi akan menganggap pasukan lawan mereka sebagai musuh ketat yang perlu di kasari tetapi setelah perlawanan berakhir, kedua-dua pasukan ini adalah sahabat yang baik.

Permulaan
Bagaimana permainan ragbi ini bermula? Ia bermula pada tahun 1823 di England, pada waktu itu William Webb Ellis sedang bermain bola sepak di sekolah Rugby. Dia secara tidak sengaja telah mengambil dan membawa lari bola tersebut. Maka tercetuslah suatu permainan baru. Selepas itu Universiti Cambridge pula telah melakukan aktiviti tersebut, melalui universiti ini ragbi telah diperkembangkan sehingga ia menarik minat ramai orang. Universiti Cambridge juga telah membuat beberapa peraturan untuk permainan ragbi ini.
Setelah itu ragbi mula berkembang di seluruh dunia dan disertai oleh banyak negara. Pada mulanya sistem permainan tidak teratur disebabkan undang-undang permainan selalu berubah. Selain itu cara permainannya yang agak lasak menyebabkan ramai yang takut untuk mengikutinya Ini boleh dilihat sewaktu pergelutan berlaku apabila kedua-dua pasukan cuba merebut bola. Tetapi semenjak aktiviti ini diperbaharui dari segi permainannya, ramai orang mula menyertainya. Ia tidak seganas dahulu.
Permainan ini mudah dan tidak perlu mengeluarkan banyak kos perbelanjaan. Apa yang penting dalam permainan ragbi ini ialah ; bolanya tidak boleh dibaling ke hadapan. Sebaliknya, ia harus dilontar ke belakang. Selain itu, permainan ini membenarkan pemain menarik pemain dan boleh juga menjatuhkan pemain tetapi tidak dibenarkan sama sekali menyepak pemain!!!

Pemain
Untuk bermain ragbi, setiap pasukan perlu mempunyai seramai 15 orang pemain. Tetapi untuk masa sekarang, permainan ragbi 7 dan 10 sebelah semakin meningkat popular. Terdapat dua kumpulan pemain. Kumpulan pertama dipanggil "forwards" yang terdiri daripada lapan pemain. Kumpulan kedua pula dipanggil "queus" yang terdiri daripada tujuh orang pemain.
Pengenalan Kepada Permainan Ragbi
Pasukan ragbi mempunyai seramai 15 orang pemain. Pemain akan mencuba mendapatkan bola bentuk bujur dan cuba melepasi garisan gol lawan yang dipanggil "the try-line". Jika anda berjaya membawa bola melepasi garisan gol lawan dan menyentuh bola ditanah, anda berjaya mencuba dan memungut 5 mata. Selepas pasukan berjaya mencuba, anda diberi pula "conversion". Seorang pemain yang diberi gelaran "fly half" adalah mahir menendang dalam pasukan itu dan akan menendang bola dan melepasi palang gol.
Keselamatan
Di dalam permainan ragbi ini, keselamatan adalah antara ciri-ciri penting yang perlu dititikberatkan selain peraturan dan teknik permainan. Sebelum memulakan permainan, seeloknya peraturan permainan Ragbi perlulah di pelajari untuk mengelakkan penggunaan teknik-teknik yang salah semasa bermain di atas padang. Terdapat juga pelindung badan yang boleh di pakai semasa bermain Ragbi. Antaranya seperti headgear untuk melindungi kepala, pelindung bahu dan dada, pelindung siku dan lutut dan pelindung gigi.
Selain itu, teknik yang betul semasa bermain juga penting untuk mengelakkan kecederaan parah. Semasa mencapai pihak lawan, bagaimana capaian di buat, kawasan mana capaian dilakukan, semua itu adalah penting untuk mengelakkan mana-mana pihak daripada tercedera. Pendidikan awal untuk sukan ini adalah sangat penting, kerana ramai yang salah anggap dengan permainan ini, dan hanya bermain dengan membuta tuli dan seterusnya telah menyebabkan kejadian yang tidak diingini berlaku.
Pakaian
Pakaian yang biasa digunakan adalah Jersi tahan lasak yang diperbuat daripada bahan yang kuat. Antara pengeluar Jersi yang terkenal adalah seperti Adidas, Canterburry, Hasbro dan banyak lagi. Selain itu, pemain ragbi akan memakai kasut yang mempunyai stab di tapak seperti kasut bola. Ini adalah dengan tujuan untuk bermain di atas padang berumput supaya tidak tergelincir atau sebagainya. Dilengkapi dengan stokin, pemain ragbi juga kebiasaannya memakai seluar pendek atau panjang daripada bahan yang tahan lasak juga.

Kecergasan dan Anda

Kecergasan adalah keadaan yang sihat yang membolehkan individu melakukan aktiviti harian
dengan bertenaga, mengambil bahagian dalam kepelbagaian aktiviti fizikal dan
mengurangkan risiko masalah kesihatan. Ia mempunyai komponen-komponen berikut:-
• Kekuatan - Keupayaan menghadapi tekanan.
• Stamina - Kemampuan yang berterusan.
• Kemudahlenturan/fleksibiliti - Kemanpuan untuk bergerak dan membengkok dengan
lancar.
• Koordinasi - Kemampuan untuk mengabungkan pelbagai pergerakan dan
keseimbangan.
Untuk memperolehi dan mengekalkan kecergasan, ia memerlukan usaha yang berterusan
dengan mengamalkan senaman yang berkala. Senaman dan aktiviti fizikal yang berkala boleh
mengatasi masalah hilang upaya, meningkatkan keupayaan fungsi tubuh badan dan memberi
keselesaan. Keadaan ini boleh tercapai dengan melakukan frekuensi senaman, intensiti serta
tempoh yang mencukupi.


Senaman Yang Selamat
Garis panduan dibawah ini boleh melindungi anda dari kecederaan akibat daripada senaman
dan membolehkan anda bersenam secara menyeronokkan.
1. Dapatkan nasihat doktor sebelum memulakan program senaman kecergasan.
2. Mulakan senaman dengan perlahan dan tingkatkan secara beransur-ansur untuk beberapa
minggu bila anda semakin lebih cergas.
• Mulakan senaman berselang seli 2 - 3 minit, dengan 2 - 3 minit berehat selama 15
minit.
• Aktiviti senaman perlu ditambah 2 - 3 minit setiap minggu sehingga mencapai
30minit .
3. Mulakan dengan aktiviti memanaskan badan untuk mengelakkan rasa sakit dan kesakitan
selepas senaman.
4. Menyejukkan badan dengan membuat aktiviti ringan seperti berjalan atau melakukan
rengangan bagi mengelakkan pening dan sakit.
5. Perlahankan aktiviti anda jika anda mengalami kesukaran bernafas semasa melakukan
senaman. ( rujuk Kemampuan Senaman)
6. Berhenti dengan serta merta jika anda mengalami:
• Ketidakselesaan
• Sakit
• Pening
7. Pakaian mestilah bersesuaian, longgar dan selesa serta pakai kasut yang sesuai.
8. Masa yang paling sesuai untuk melakukan senaman:
• Setiap pagi (sebelum 9.30 pagi waktu Malaysia )
• Petang ( selepas pukul 6 petang )
9. Persekitaran tempat senaman:
• Permukaan yang rata.
• Suhu dan kelembapan udara terkawal.
• Kawasan redup/teduh.
• Tempat yang cukup terang.
10. Pastikan anda mengambil minuman yang secukupnya, sebelum, semasa dan selepas
senaman untuk menggantikan kehilangan peluh.
11. Amalkan senaman pernafasan diantara senaman.
12. Jika anda pengidap penyakit Diabetes:
• Bawa gula-gula/manisan bersama anda. Makan sekiranya anda berasa pening kerana
keadaan hipoglasemia (paras glukos rendah).
• Pakai kasut yang berlapik dan selesa, bersarung kaki untuk mengelakkan dari
kecederaan kaki.
• Jangan melakukan senaman semasa lapar atau kenyang.
13. Jika anda mengidap Tekanan Darah Tinggi:
• Berhenti bersenam jika pening, sakit dada dan sukar bernafas.
14. Jika anda Gemuk:
• Jangan lakukan senaman yang terlalu aggresif dan cuba minimakan pergerakan yang
berimpak tinggi bagi mengelakkan kecederaan pada otot-otot.
www.infosihat.gov.my/penyakit

Pengetahuan lanjut tentang Kecergasan dan Senaman. Empat komponen kecergasan fizikal:

 Ketahanan kardiovaskular:
• Ini ialah keupayaan berterusan jantung, paru-paru dan saluran darah untuk membawa
oksigen ke semua sel dalam badan.
• Ia melibatkan senaman atau aktiviti yang meningkatkan kemampuan jantung dan
paru-paru. Senaman ini juga melibatkan kumpulan otot-otot besar bahagian kaki,
lengan dan bahu.

2. Kecergasan otot melibatkan:
• Dimulakan dengan senaman berselang seli 2-3 minit, dengan 2-3 minit berehat selama
15 minit.
• Aktiviti senaman perlu ditingkatkan 2-3 minit setiap minggu sehingga mencapai 30
minit.

3. Kemudahlenturan/fleksibiliti - kemampuan sendi-sendi bergerak bebas sepenuhnya tanpa
ketidakselesaan.

4. Komposisi badan - Berapa banyak bahagian berat badan anda yang terdiri daripada jisim
otot termasuk tulang dan jisim lemak.
www.infosihat.gov.my

Sains dan teknologi dalam sukan

Bagaimanakah perkembangan sains dan teknologi dapat meningkatkan mutu sukan negara ?Pengenalan : · Kejayaan sukan tidak semestinya bergantung kepada kekuatan seseorang atlit semata-mata tetapi juga pada faktor lain .
· Pengetahuan sains dan teknologi membolehkan ahli-ahli sukan menggunakan tenaga secara optimum untuk kecemerlang dalam bidang sukan . 

Idea-idea : 
Teknik latihan sukan yang saintifik dan sistematik
· Pakar sukan boleh menfaatkan hukum dan konsep sains dalam penyelidikan untuk memajukan kaedah-kaedah sukan berkesan . 
· Teknologi komputer telah digunakan menentukan cara lompatan terbaik dalam acara lompat jauh atau lompat tinggi .
· Pengetahuan dalam bio mekanik iaitu kajian tentang struktur dan sistem biologi serta daya dan gerakan tubuh badan akan membantu ahli sukan melakukan sesuatu gerakan dengan cekap . 
· Penggunaan prinsip-prinsip mekanik secara langsung akan membantu ahli sukan melakukan gerakan tertentu misalnya imbangan dalam jimnastik , luncuran dengan optimum . 

Peralatan sukan yang sesuai meningkatkan prestasi shli sukan
· Dengan sains dan teknologi peralatan sukan yang lebih jitu dan sesuai dengan peringkat umur dan jantina ahli sukan dapat dihasilkan .
· Teknologi komputer telah digunakan untuk mereka bentuk peralatan sukan berpandukan hukum-hukum fizik dan matematik , umpamanya , lembing yang bersifat aerodinamik .
· Penggunaan bahan atau fabrik pakaian yang sesuai membolehkan ahli sukan merasa selesa dan sejuk ketika bersukan atau berlatih . 
Sains pemakanan membantu meningkatkan pencapaian ahli sukan· Prestasi fizikal atlit adalah berkait rapat dengan corak pemakanannya .
· Pengambilan diet yang betul atau seimbang akan menghasilkan tenaga yang berterusan dan membantu pemulihan segera . 
· Sains permakanan banyak digunakan menentukan kuantiti zat makanan seperti protein , kabohidrat atau vitamin tertentu yang optimum untuk ahli sukan .
· Analisis komposisi zat dalam makanan membolehkan pakar-pakar diet mencadangkan sarapan terbaik untuk meningkatkan prestasi ahli sukan . 
Sains perubatan meningkatkan pencapaian sukan· Kecanggihan dalam bidang perubatan telah membantu dalam mengesan sebarang kecederaan atau penyakit ahli sukan dan merawatnya . 
· Ujian elektrokardiogram dan ujian kecergasan kardiovaskular sebelum aktiviti sukan cergas boleh menghindarkan ahli sukan daripada cedera atau mati kerana aktiviti sukan cergas itu . 
· Pencerakinan perubatan dapat mencegah para atlit daripada mengambil pelbagai dadah seperti steroid anabolik untuk memenangi sesuatu acara sukan secara tidak jujur . 

Teknologi maklumat dan telekomunikasi meningkatkan kecemerlangan sukan
· Teknologi ICT seperti video , televisyen dan kamera video serta satelit komunikasi membolehkan teknik-teknik sukan yang baik dikesan untuk dipelajari . 
· Rancangan siaran langsung sesuatu acara sukan ke seluruh pelusuk dunia boleh meningkatkan kepopularan sukan .
· Kutipan besar daripada yuran iklan boleh membiayai ahli-ahli sukan yang berjaya .
· Keadaan ini mendorong ahli-ahli sukan berusaha gigih untuk meningkatkan prestasi mereka seperti menjadi ahli sukan professional . 

Penutup :
· Sains dan teknologi tetap penting untuk kemajuan bidang sukan .
· Teknologi sukan membolehkan para atlit menjadi sempurna daripada segi fizikan dan mental dan meningkatkan kecemerlangan dunia sukan .