Saturday, August 28, 2010

Sains dan teknologi dalam sukan

Bagaimanakah perkembangan sains dan teknologi dapat meningkatkan mutu sukan negara ?Pengenalan : · Kejayaan sukan tidak semestinya bergantung kepada kekuatan seseorang atlit semata-mata tetapi juga pada faktor lain .
· Pengetahuan sains dan teknologi membolehkan ahli-ahli sukan menggunakan tenaga secara optimum untuk kecemerlang dalam bidang sukan . 

Idea-idea : 
Teknik latihan sukan yang saintifik dan sistematik
· Pakar sukan boleh menfaatkan hukum dan konsep sains dalam penyelidikan untuk memajukan kaedah-kaedah sukan berkesan . 
· Teknologi komputer telah digunakan menentukan cara lompatan terbaik dalam acara lompat jauh atau lompat tinggi .
· Pengetahuan dalam bio mekanik iaitu kajian tentang struktur dan sistem biologi serta daya dan gerakan tubuh badan akan membantu ahli sukan melakukan sesuatu gerakan dengan cekap . 
· Penggunaan prinsip-prinsip mekanik secara langsung akan membantu ahli sukan melakukan gerakan tertentu misalnya imbangan dalam jimnastik , luncuran dengan optimum . 

Peralatan sukan yang sesuai meningkatkan prestasi shli sukan
· Dengan sains dan teknologi peralatan sukan yang lebih jitu dan sesuai dengan peringkat umur dan jantina ahli sukan dapat dihasilkan .
· Teknologi komputer telah digunakan untuk mereka bentuk peralatan sukan berpandukan hukum-hukum fizik dan matematik , umpamanya , lembing yang bersifat aerodinamik .
· Penggunaan bahan atau fabrik pakaian yang sesuai membolehkan ahli sukan merasa selesa dan sejuk ketika bersukan atau berlatih . 
Sains pemakanan membantu meningkatkan pencapaian ahli sukan· Prestasi fizikal atlit adalah berkait rapat dengan corak pemakanannya .
· Pengambilan diet yang betul atau seimbang akan menghasilkan tenaga yang berterusan dan membantu pemulihan segera . 
· Sains permakanan banyak digunakan menentukan kuantiti zat makanan seperti protein , kabohidrat atau vitamin tertentu yang optimum untuk ahli sukan .
· Analisis komposisi zat dalam makanan membolehkan pakar-pakar diet mencadangkan sarapan terbaik untuk meningkatkan prestasi ahli sukan . 
Sains perubatan meningkatkan pencapaian sukan· Kecanggihan dalam bidang perubatan telah membantu dalam mengesan sebarang kecederaan atau penyakit ahli sukan dan merawatnya . 
· Ujian elektrokardiogram dan ujian kecergasan kardiovaskular sebelum aktiviti sukan cergas boleh menghindarkan ahli sukan daripada cedera atau mati kerana aktiviti sukan cergas itu . 
· Pencerakinan perubatan dapat mencegah para atlit daripada mengambil pelbagai dadah seperti steroid anabolik untuk memenangi sesuatu acara sukan secara tidak jujur . 

Teknologi maklumat dan telekomunikasi meningkatkan kecemerlangan sukan
· Teknologi ICT seperti video , televisyen dan kamera video serta satelit komunikasi membolehkan teknik-teknik sukan yang baik dikesan untuk dipelajari . 
· Rancangan siaran langsung sesuatu acara sukan ke seluruh pelusuk dunia boleh meningkatkan kepopularan sukan .
· Kutipan besar daripada yuran iklan boleh membiayai ahli-ahli sukan yang berjaya .
· Keadaan ini mendorong ahli-ahli sukan berusaha gigih untuk meningkatkan prestasi mereka seperti menjadi ahli sukan professional . 

Penutup :
· Sains dan teknologi tetap penting untuk kemajuan bidang sukan .
· Teknologi sukan membolehkan para atlit menjadi sempurna daripada segi fizikan dan mental dan meningkatkan kecemerlangan dunia sukan .

No comments:

Post a Comment